Make your own free website on Tripod.com

 

 

Sejarah Ringkas Kelahiran TLDM

Markas/Pangkalan Utama TLDM

Senarai Pangkat ATM (TLDM, TUDM, TDM)

Fungsi dan Peranan Utama TLDM

Lencana Kepakaran TLDM

Senarai Cawangan/Tred TLDM

KD Sri Pinang... Pusat Latihan PSSTLDM

Persenjataan untuk latihan....(under cons.)

Kapal - Kapal DiRaja TLDM... (under cons.)

Album Aktiviti Semasa

Berita Aktiviti Semasa dan Jawatan Kosong dalam TLDM

Halaman Lain yang boleh dikunjungi

Buku Tetamu TLDM (unOFF).... sila tulis komen anda.

E-mail saya untuk pertanyaan/menghantar bahan, berita, gambar dsb.


Salam Sejahtera. Anda dipelawa menghantar bahan,   berita, gambar, dan sebagainya supaya dapat dikongsi bersama. Segala pertanyaan dan pengiriman bahan, maklumat, gambar, berita dan aktiviti semasa hendaklah dihantar melalui e-mail berikut :  cybercoxswain@yahoo.com  bagaimana pun Cyber Coxswain (cc) berhak untuk menyiarkan atau  tidak menyiarkan segala pengiriman anda mengikut budi bicara cc sendiri.

Terima Kasih.

  Sejarah Ringkas Kelahiran TLDM

                Tentera Laut DiRaja Malaysia telah diambil alih oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia 12 tahun yang lalu, tetapi asal usulnya bermula sejak tahun 1939.
 
                Semasa meletus peperangan dunia yang kedua pihak Kerajaan British telah mengambil keputusan bagi memperkukuhkan pasukan tentera lautnya untuk menjaga keselamatan Singapura dan Malaya dengan anggota-anggota terdiri dari anak-anak watan negeri ini. Berikutan dari itu, pejabat Tentera Laut British (TLDB) telah memperbesarkan bahagian Melayu dalam TLDB. Pegawai-pegawai telah dipinjamkan dari TLDB dan rekrut-rekrut semuanya diambil dari anak-anak Melayu, dilatih sebagai kelasi-kelasi dan juru-juru perhubungan untuk berkhidmat dalam kapal-kapal penyapu periuk api dan lain-lain kapal ronda. Pusat latihan mereka ketika itu adalah sebuah kem pondok dikenali sebagai HMS PELANDOK di Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Bahagian ini telah berkembang dengan pesat meningkat 400 anggota dalam tahun 1939, 800 anggota dalam tahun 1940 dan 1,470 anggota dalam tahun 1941. Beberapa anggota telah berjuang di Ceylon, Afrika Timur dan India dan telah pulang ke Malaya bersama-sama pasukan pembebasan dalam bulan September 1945. Pada tahun 1946, lebih kurang seramai 650 anggota telah melapor diri balik bertugas. Tetapi oleh kerana langkah berjimat Kerajaan Buruh British selepas perang, Bahagian Tentera Laut Malaya ini telah dibubarkan pada April 1947.

                Pada tahun 1947 hingga 1952 pasukan ini dikenali dengan nama ‘Malayan Navy Force’. Majlis-majlis Perundangan Persekutuan Tanah Malayu dan Singapura (tanah jajahan British) telah bergerak menuju ke arah kerajaan sendiri yang sepenuhnya menyedari kepentingan keperluan-keperluan bagi mempunyai pasukan pertahanan sendiri. Akhirnya Majlis Perundangan Singapura telah bersetuju mewujudkan satu pasukan tentera laut tempatan sebagai sumbangan terhadap pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Dalam tahun 1948, semasa meletus keganasan penjahat-penjahat komunis dan perisytiharan darurat, pasukan ini mula diperbesarkan. Sebuah kapal pendarat dan lima buah bot motor pertahanan laut telah dipindah  milik kepada Tentera Laut secara pinjaman percuma dari Tentera Laut British.

                23hb Mei 1952, taraf  Diraja telah dianugerahkan oleh Raja British kepada pasukan tersebut dan kemudian dikenali sebagai ‘Royal Malayan Navy’. Pada 1hb Julai 1958, satu persetujuan telah dicapai bagi memindahkan pentadbiran Tentera Laut ini kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dan pada 13hb Julai 1958 ia telah dipindahkan secara rasminya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan dikenali dengan nama ‘Tentera Laut Diraja Malaya’.

                Apabila tertubuhnya Malaysia pada 16hb September 1963, Tentera Laut Diraja Malaya telah mengambil nama yang ada sekarang iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ancaman-ancaman dari pengganasan komunis dan konfrontasi telah mempercepatkan usaha-usaha pembesaran TLDM.

                Berasal dari sebuah kapal penyapu periuk api menggunakan arang batu bernama HMS PENYU dalam tahun 1954, TLDM sekarang ini telah dilengkapkan dengan kapal-kapal berenjin turbin gas yang laju, bersenjatakan peluru-peluru berpandu untuk peperangan dari permukaan ke permukaan, dari permukaan ke udara dan meriam-meriam jarak jauh. Kemasukan TLDM ke zaman peluru berpandu adalah satu langkah yang bersejarah dalam kemajuan TLDM di mana telah memang menjadi tradisi mempergunakan kemajuan perkembangan sains dan teknologi.

 


Balik/BackPermulaan/HomeSeterusnya/Next

Halaman ini merupakan halaman tidak rasmi dan  dibangunkan atas inisiatif diri sendiri untuk memberi sedikit pendedahan mengenai TLDM kepada umum bagi  menarik minat beliawan dan beliawanis M'sia menyertainya. Segala maklumat mengenai markas/pangkalan dan ketenteraan hanyalah sekadar maklumat am sahaja dan tidak mengandungi maklumat rasmi, rahsia , rahsia besar dan sebagainya yang boleh menggugat kestabilan negara.