 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
Salam Sejahtera. Anda dipelawa menghantar bahan,
berita, gambar, dan sebagainya supaya dapat dikongsi bersama. Segala pertanyaan dan
pengiriman bahan, maklumat, gambar, berita dan aktiviti semasa hendaklah dihantar melalui
e-mail berikut :
cybercoxswain@yahoo.com
bagaimana pun Cyber Coxswain (cc) berhak untuk menyiarkan atau tidak menyiarkan
segala pengiriman anda mengikut budi bicara cc sendiri. |
Terima
Kasih. |
|
|
K.D. SRI PINANG |
|
KD SRI PINANG merupakan sebuah Pusat Latihan untuk anggota-anggota Pasukan Simpanan
Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), bertempat di Negeri Pulau Pinang.
Aktiviti utama yang dijalankan ialah melatih anggota-anggota simpanan yang terdiri
daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat mengikut kepakaran masing-masing dan juga
menyediakan ujian dan latihan lanjutan untuk kenaikan pangkat. Selain aktiviti utama
tersebut, latihan kawad, latihan jasmani, bersukan, menembak, belayar, berakit, khemah
tahunan, ekspidisi dan aktiviti luar juga dilakukan setiap tahun. Di KD SRI PINANG menyediakan kepada anggotanya kepakaran seperti
berikut :
Jika anda berminat dan ikhlas untuk berbakti kepada
negara dengan memasuki / menyertai sebagai anggota PSSTLDM, peluang sentiasa ada
kerana pada setiap tahun (Jun / Julai) diadakan pemilihan / tawaran untuk menyertai
Pasukan Simpanan Sukarela di seluruh Malaysia dan salah satu tempat pemilihan itu ialah di
KD SRI PINANG, Pulau Pinang. Selain tarikh itu, tawaran tersebut juga sentiasa dibuka
sepanjang tahun kepada warganegara Malaysia yang berumur di antara 17 hingga 35 tahun
lelaki / perempuan dan sihat tubuh badan. Anda boleh menghubungi KDSP dialamat dibawah
untuk pertanyaan atau keterangan lanjut jika anda benar-benar berminat untuk menyertainya.
KD SRI PINANG, Jalan Akuarium, 11700 Gelugor,
Pulau Pinang Tel : 04-6583012
|
|
  
|
|
|
|
Halaman ini
merupakan halaman tidak rasmi dan dibangunkan atas inisiatif diri
sendiri untuk memberi sedikit pendedahan mengenai TLDM kepada umum bagi menarik
minat beliawan dan beliawanis M'sia menyertainya. Segala maklumat mengenai
markas/pangkalan dan ketenteraan hanyalah sekadar maklumat am sahaja dan tidak mengandungi
maklumat rasmi, rahsia , rahsia besar dan sebagainya yang boleh menggugat kestabilan
negara. |